Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih

Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih - Hallo sahabat Kisah Misteri, Pada sharing Cerita Hantu kali ini yang berjudul Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih, admin telah menyediakan kumpulan kisah misteri tentang hantu dari kiriman berbagai sumber. Mudah-mudahan isi postingan Kisah Misteri yang admin share ini dapat menjadi pembuka wawasan.

Judul : Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih
Tautan : Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih

lihat juga


Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih


Cerita Misteri - Gadis Berbaju PutihKisah Misteri - Pada suatu malam yang sunyi dan sepi, di sebuah warung di kampung hujung selatan tanah air.. kecoh apabila pelanggan-pelanggan di warung itu sibuk memperkatakan tentang beberapa penduduk kampung yang tersempak dengan seorang gadis berkebaya putih yang tidak dikenali, boleh dikatakan setiap malam pasti gadis itu muncul di satu lorong yang sunyi yang dipenuhi pokok-pokok getah sedang menunggu seseorang.. Tiada siapa yang berani menyapa jika terserempak dengan gadis misteri itu...

Arif salah seorang anak jati yang menetap di kampung tersebut hanya mengelengkan kepala bila mendengar orang sibuk bercerita tentang gadis misteri itu.. padanya semua itu hanya gosip liar yang ingin menakut nakutkan anak-anak muda sepertinya yang selalu pulang lewat kerumah...

Biasalah...itu semua cerita karut, mana ada hantu pada zaman moden sekarang ni, merepek ah!! bentak Arif bila ditanya pandanganya tentang gadis misteri itu..

Kau jangan cakap besar Arif, nanti terkena pada batang hidung kau, baru kau tahu.. Azlan rakannya yang mendengar kata-kata Arif mengingatkan..

Aku bukan nak cakap besar bro.. tapi aku memang tak percaya langsung dengan cerita-cerita karut ni, pada aku orang yang buat-buat cerita ni dah tak ada kerja lain dah, asyik nak menakut-nakutkan orang je.. Arif mempertahankan kata-katanya.. 

Azlan dan rakan-rakan yang lain hanya memandang sesama sendiri bila Arif begitu yakin segala cerita itu hanya direka-reka oleh beberapa penduduk di situ.. Azlan tidak bersetuju dengan pendapat Arif, masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin..

Terpulanglah pada kau, Rif, nak percaya ke tidak itu hak kau, tapi jangan terlalu yakin dengan apa yang kau ucapkan tu, nanti apa yang kau cakap tu makan diri kau sendiri.. azlan yang tidak bersetuju dengan kata-kata Arif terus bangun dan berlalu pergi, diikuti rakan-rakan yang lain..

Lah?? korang semua nak pergi mana? releks lah dulu kalau ye pun.. malam masih muda lagi.. korang dah nak balik ke? Arif terpinga-pinga melihat rakan-rakan yang lain turut sama bangun meninggalkan dia sorang-sorang warung itu..

Korang semua ni memang penakutlah, nak jadi penakut macam si Lan tu.. nama je jantan tapi penakut.. aku cakap yang betul aper?? Arif menjerkah pada rakan-rakannya telah beransur pergi..

************************************************************

Jam sudah menunjukkan pada angka 12 malam, Pak Mat pemilik warung sudah mula berkemas-kemas untuk menutup warungnya..

Hai Pak Mat, cepat tutup malam ni? Pak Mat pun percaya ke apa yang dorang semua ceritakan tu? Pak Mat pun takut dengan hantu?? Arif menyoal sambil memerli Pak Mat yang sedang mengelap meja warungnya..

Kau ni Arif, jangan celupar sangat mulut kau tu.. cakap tu pandang-pandanglah sikit.. hari dah malam macam ni.. nanti benda tu ikut kau balik baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah.. Pak Mat memulang paku buah keras pada Arif..

Arif hanya gelak kecil bila mendengar kata-kata Pak Mat.. dia bangun dan terus menuju ke motor honda X5-nya.. ketika dia hendak mula menunggang motosikalnya, dengan tiba-tiba dia terasa ada angin yang menghembus dari arah belakang lehernya.. serta merta badannya rasa seram sejuk.. tapi Arif buat tak tahu..

Semasa Arif sedang menunggang motornya pula, Arif dapat rasakan motor honda X5-nya mendak seperti ada sesuatu yang memboncing di belakangnya.. dipulas habis pedal minyak tetapi dia tidak dapat meningkatkan kelajuan motornya.. ahh, mungkin minyak enjin ni dah lama tak ditukar.. sebab tulah mendak semacam je.. dia memujuk hatinya..

Ketika Arif menyusuri jalan yang penuh dengan pokok-popok getah di sekelilingnya, motor Arif tersenggut-senggut seperti kehabisan minyak, dia turun dari motornya sambil merungut-rungut sendirian.. Seingatnya baru semalam dia mengisi penuh minyak di dalam tangki motornya.. Pelik! takkan dah habis kot.. Arif melihat sekeliling, penglihatan matanya terbatas.. hanya cahaya bulan sahaja menerangi kawasan tersebut..

Dia cuba menghidupkan enjin, tapi tidak berjaya.. sedang berfikir-fikir apa yg perlu dibuat.. tiba-tiba kedengaran bunyi orang sedang berjalan dari arah belakangnya, dia menoleh dan diperhatikan betul-betul siapakah orang itu, dalam sama-samar cahaya bulan, Arif ternampak seorang gadis berkebaya putih sedang berjalan ke arahnya.. hatinya tertanya-tanya, siapa pulak ni awek ni.. tapi belum sempat dia menyapa, tiba-tiba gadis itu menegurnya..

Abang.. abang.. boleh tolong hantar saya balik tak? gadis itu bertanya..

Erkk.. cik adik ni siapa yer? malam-malam macam ni jalan sorang diri.. tergagap-gagap suara Arif menyoal..

Saya orang baru disini, saya tinggal dihujung jalan sana, boleh abang hantarkan saya balik.. gadis itu merayu pada arif yang masih terkejut dgn kehadiran gadis itu.. abang jangan lah takut, saya bukan hantu.. gadis itu menyambung meyakinkan Arif.. 

Hem, ok ok maafkan abang, abang ingat adik ni....... kata-kata Arif terputus disitu..tak sampai hati pula dia hendak menyambung patah perkataan dari mulutnya, Arif rasa lega kerana gadis comel di hadapannya bukan hantu yang seperti yang disangkakan.. gadis di hadapannya adalah manusia biasa sepertinya, mungkin gadis inilah yang orang kampung sibuk bualkan..detik hatinya..

Tapi adik, abang ada masalah sikit, motor abang ni tiba-tiba pulak rosak, tadi ok je.. Arif memberitahu pada gadis itu..

Yeke bang, takpe cuba abang stat lagi sekali mana tahu boleh hidup, mungkin enjinnya panas sangat tadi, gadis itu memberi arahan..

Arif cuba lagi menghidupkan enjin motornya, dengan sekali stat sahaja enjin motosikal itu hidup seperti biasa, lega hati Arif, tak payah lah dia hendak menolak motor itu sampai ke rumahnya..

Ok dik, naiklah biar abang hantar adik kerumah.. gadis itu terus naik dan motor yang ditunggang Arif mula bergerak menyusuri jalan yang satu-satunya dikelilingi ladang getah di kampungnya..

Arif menunggang motosikalnya dalam kelajuan sederhana, padanya biar lambat sampai, boleh dia berbual-bual dengan gadis comel itu.. Rasa bangga menguasai dirinya.. bukan senang nak bawak awek.. nilah saat-saat yang dinanti-nanti dan kalau boleh mahu sahaja Arif jadikan gadis itu sebagai aweknya.. takpe slow-slow lah.. Arif melayan perasaannya..

Abang.. rumah saya di simpang depan tu aje.. abang turunkan saya di situ ya.. pinta gadis itu kepada Arif..

Oh ya, simpang depan tu ya.. yg ada lampu dekat tepi jalan tu kan? Arif bertanya kembali..

Ya betul2, abang turunkan saya dekat situ.. jawab si gadis..

Tidak jauh dari simpang itu, barulah Arif perasan, setahunya dekat situ tiada rumah orang,.. yang ada hanya kawasan perkuburan.. Arif memperlahankan kelajuan motornya, kepalanya ditoleh kebelakang untuk bertanya pada gadis itu, terkejut Arif bila mendapati gadis comel di belakangnya telah tiada, serta merta badan Arif menggeletar, perasaan takut mula menyelubungi dirinya.. ditambah lagi hidungnya  terbau sesuatu yang sangat busuk dan meloyakan... seperti bau bangkai

Abaangg, abangg, kenapa badan abang menggigil ni? abang sejuk ke... atau..... abang dah tahuuuu....heheheheheeeeeeeeeee....... terdengar jelas di telingga Arif suara garau gadis tersebut diselangi dengan  hilayan yang cukup nyaring dan berpanjangan dari arah atas kepalanya...

Arif tak dapat mengawal perasaan takutnya.. dia tidak berani hendak menoleh.. tidak sanggup arif melihat gadis yang cantik tadi kini berubah menjadi pontianak.. perasaan takutnya semakin memuncak sehingga dia tidak dapat mengawal motosikal yang ditunggangnya itu, dan terus terbabas masuk ke dalam semak.. mata Arif berpinar dan telinganya masih mendengar hilaian dari pontianak itu.. dan akhirnya Arif tidak sedarkan diri...

*************************************************

Arif!! Arif!! dia rasa badannya digoyang-goyang oleh seseorang.. perlahan-lahan dibuka matanya.. pandangan mata Arif terarah pada ibunya yang sedang duduk disebelahnya.. diikuti beberapa orang kampung dan rakan-rakannya juga berada di sekelilingnya.. dia hanya terpinga-pinga bila melihat beberapa  orang jiran berdekatan berada di rumahnya..

Kenapa kau rip? org kampung jumpa kau terbaring dalam semak di kawasan kubur pagi tadi.. kau pergi mana, kata2 emaknya membuat arif terbayang peristiwa malam tadi yg cukup menakutkan dia..

Azlan yang turut berada disitu bertanya pada Arif yang dari tadi hanya diam membisu.. Arif, kau jumpa perempuan tu ke malam tadi? Orang kampung yang tolong kau ada jumpa cebisan kain warna puteh lusuh melekat di tempat duduk belakang motor kau..

Kata-kata  Azlan membuatkan Arif terkejut, badannya tiba-tiba menggigil dan dia menjerit-jerit ketakutan seperti org histeria.. hj awang terus menghampiri arif dan membacakan ayat-ayat suci di telinganya.. dan akhirnya Arif tenang semula, setelah itu Arif menceritakan pada semua apa yang berlaku padanya malam tadi.. mereka yang hadir semua terkejut mendengar cerita Arif..

Arif tidak sangka disebabkan sifat bongkak dan mulutnya yang celupar itu, akhirnya memakan diri sendiri.. sejak peristiwa itu, Arif tidak lagi keluar malam, dan sifat Arif berubah menjadi seorang yang sangat pendiam...

......sekian....
...karya Nasir Hamzah....

Credit : http://blognasirhamzah.blogspot.sg/2012/03/misteri-gadis-berkebaya-putih.html


Demikianlah Artikel Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih

Sekian Kisah Misteri Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih, mudah-mudahan bisa memberi wawasan untuk anda semua. Sekian postingan Kisah Misteri kali ini, dan jangan lupa untuk menanti cerita-cerita yang lain.

Anda sedang membaca artikel Cerita Misteri - Gadis Berbaju Putih dan artikel ini url permalinknya adalah https://kisahmisteri99.blogspot.com/2016/06/cerita-misteri-gadis-berbaju-putih.html Semoga artikel ini bisa bermanfaat.